LAMAN UTAMA

Monday, November 12, 2012

ORIGAMI

Origami ni adalah satu cabang kesenian tradisional Jepun. Ia bermula pada abad ke-17 Masihi dan dipopularkan pada pertengahan tahun 1900-an. Sebenarnya, tidak dapat dipastikan dimana sebenarnya ia bermula kerana ada yang mengatakan origami berasal dari China, Jerman dan juga negara Eropah yang lain. Tambahan pula, tiada bukti bertulis mahu pun artifak dijumpai kerana kertas mudah reput. Memandangkan masyarakat Jepun masih melakukan aktiviti ni sehingga sekarang dan lebih meluas, maka masyarakat dunia mengaggap origami berasal dari Jepun.

Perkataan "ori" membawa maksud "lipatan" manakala "gami" pula berasal daripada perkataan "kami" yang bermaksud "kertas". Jadi, origami membawa maksud seni melipat kertas. Ada juga mereka yang telah mahir "mengukir" kertas tersebut. 
Dalam origami, kertas adalah benda yang amat penting kerana penggunaan gam dan gunting tidak diperlukan. Kertas tersebut terdapat dalam pelbagai saiz dan warna serta motif.
Burung Jinjang

Burung Merpati
Di sini terdapat beberapa contoh video membuat origami. Selamat mencuba.

video

video
Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

12 comments: