LAMAN UTAMA

Tuesday, December 4, 2012

Frames Bordered

Bingkai Ular

Bingkai Daun

Bingkai Labu

Bingkai Buku





Bingkai Bunga



Terdapat banyak lagi Frames Bordered yang cantik dan menarik. Ini hanya sedikit sahaja yang saya ambil.

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Monday, November 12, 2012

ORIGAMI

Origami ni adalah satu cabang kesenian tradisional Jepun. Ia bermula pada abad ke-17 Masihi dan dipopularkan pada pertengahan tahun 1900-an. Sebenarnya, tidak dapat dipastikan dimana sebenarnya ia bermula kerana ada yang mengatakan origami berasal dari China, Jerman dan juga negara Eropah yang lain. Tambahan pula, tiada bukti bertulis mahu pun artifak dijumpai kerana kertas mudah reput. Memandangkan masyarakat Jepun masih melakukan aktiviti ni sehingga sekarang dan lebih meluas, maka masyarakat dunia mengaggap origami berasal dari Jepun.

Perkataan "ori" membawa maksud "lipatan" manakala "gami" pula berasal daripada perkataan "kami" yang bermaksud "kertas". Jadi, origami membawa maksud seni melipat kertas. Ada juga mereka yang telah mahir "mengukir" kertas tersebut. 
Dalam origami, kertas adalah benda yang amat penting kerana penggunaan gam dan gunting tidak diperlukan. Kertas tersebut terdapat dalam pelbagai saiz dan warna serta motif.
Burung Jinjang

Burung Merpati
Di sini terdapat beberapa contoh video membuat origami. Selamat mencuba.

video

video
Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

Sunday, November 11, 2012

Gambar Tema Kenderaan

Gambar-gambar ini sesuai dijadikan kad bergambar atau sebagai lembaran kerja.

kapal

beca

feri

helikopter

kapal terbang

van

bas

basikal

kapal layar

lori

motosikal

sampan

kereta kebal

Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

Thursday, November 8, 2012

Kad Surih (Trace Card)

Kad surih huruf titik-titik sangat sesuai untuk latihan pratulis kanak-kanak prasekolah. Anda hanya perlu cetak dan laminate. Kemudian gunting satu persatu. Gunakan marker pen setiap kali kanak-kanak menyurihnya. 







Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih

Lelagu Gigi

Lagu gigi ini sesuai untuk tema anggota badan, diri saya dan keluarga juga. Lagu berbahasa Melayu yang biasa saya nyanyikan bersama anak-anak dan murid-murid sejak 22 tahun dahulu adalah lagu ini...
Tune : Mulbery Bush

This is the way I brush my teeth
I brush my teeth
I brush my teeth
This is the way I brush my teeth
Early in the morning
Ini cara gosok gigi
Gosok gigi, gosok gigi
Ini cara gosok gigi
Setiap hari
Lagu ini dinyanyikan sambil membuat aksi menggosok gigi. Ia boleh diubahsuai dengan menyikat rambut dan sebagainya.

HAPPY TEETH SONG
Use the tune from "Are you sleeping Brother John"
1. Brush your teeth,
brush your teeth,
everyday, everyday,
use your brush and toothpaste,
use your brush and toothpaste,
twice a day, twice a day
2. Floss your teeth,
floss your teeth,
everyday, everyday,
use your floss and fingers,
use your floss and fingers,
once a day, once a day
3. Eat healthy foods,
eat healthy foods,
everyday, everyday,
don't eat lots of sugar,
don't eat lots of sugar,
it causes decay, it causes decay
4. Visit the dentist,
visit the dentist,
twice a year, twice a year
the dentist checks your teeth,
the dentist checks your teeth,
open wide, open wide
I Had a Loose Tooth
I had a loose tooth, a wiggly, jiggly loose tooth.
I had a loose tooth, hanging by a thread.
So I pulled my loose tooth, this wiggly, jiggly loose tooth.
And put it 'neath the pillow when I went up to bed.
The fairies took my loose tooth, my wiggly, jiggly loose tooth.
So now I have a nickel and a hole in my head.
Ruth Kanarek

My Wobbly Tooth
Once I had a wobbly tooth
That wobbled to and fro,
Every time I ate my toast
I thought the tooth would go.
But then I ate a candy,
A sticky toffee roll,
Now where my wobbly tooth was
There's nothing but a hole!

Wiggly Tooth
Once I had a little tooth
That wobbled every day;
When I ate and when I talked,
It wiggled every way.

I have a little space in the middle of my face
And in that space, there used to be a tooth.
It was little, it was white, and it just fell out one night.
And a fairy came and took it - that's the truth!
The fairy left me money when she took my tooth away-
Took it from the pillow it was under.
What do fairies want with teeth they get from underneath
My pillow as I'm sleeping? That, I wonder!

Oh, I lost a tooth,
Whatever shall I do?
I'm left with a window and my tongue is sticking through.
I laugh and I giggle each time I look at you!
Oh, I lost a tooth
Whatever shall I do?

My Tooth
My tooth fell out and left a space
So big my tongue can touch my face,
And every time I smile I show
The place where something used to grow.
I miss my tooth as you can guess
But now I have to brush one less!

I will put my tooth in a pouch
And on the pillow lay to sleep
In the morn in it I will peep
And find a gift for me to keep.

Out with the baby teeth
In with the new
Brush every day
And CHEW, CHEW, CHEW!

Brushing
(to the tune of "Twinkle, Twinkle, Little Star")
Here's my toothpaste
Here's my brush
I won't hurry, I won't rush.
Working hard to keep teeth clean
Front and back and in between
When I brush for quite a while
I will have a happy smile.

The Toothbrush Song
(to the tune of "Row,Row, Row Your Boat")
Brush, brush, brush your teeth
Brush them everyday.
We put toothpaste on our brush
To help stop tooth decay.
Floss, floss, floss your teeth.
Floss them every day!
Using the string to clean between
Keeps the plaque away!
Clean, clean, clean your teeth.
Clean them every day!
Your teeth will sparkle for years to come
In the most beautiful way!
Brush, brush, brush your teeth.
Brush them every day!
Happy, healthy teeth you'll have
If it's done this way.

Sila tinggalkan komen anda di sini..Terima kasih.

Sunday, November 4, 2012

TUNJANG PEMBELAJARAN PRASEKOLAH


A. TUNJANG BAHASA DAN KOMUNIKASI

Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inngeris adalah wajib dipelajari oleh semua kanak-kanak prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu, manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia.
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.


B. TUNJANG KEROHANIAN,SIKAP DAN NILAI

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

i. Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama, kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

ii. Pendidikan Moral
Pendidikan Moral prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaa, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

C. TUNJANG KETRAMPILAN DIRI

Pendidikan Prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri yang positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

D. TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.

i. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta koordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif.
Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

ii. Perkembangan Kreativiti

Perkembangan kreativti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak ini diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apreasiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.
Pendidikan muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.

E. TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

A. Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

i. Awal Sains

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan, haiwan), alam
bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

ii. Awal Matematik

Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.
Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

F. TUNJANG KEMANUSIAAN

Tunjang Kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk memberi tema-tema pembelajaran.


 Sumber : Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Prasekolah


Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih

Friday, November 2, 2012

MENU PRASEKOLAH

CONTOH MENU MAKANAN PRASEKOLAH




Ada beberapa lagi contoh menu makanan untuk prasekolah.

Minggu 1

HARI
MENU
ISNIN
NASI PUTIH
AYAM MASAK MERAH
SAYUR
BUAH
AIR HORLICK
SELASA
MI HOON GORENG
SOSEJ/NUGGET GORENG SAYUR
BUAH
AIR SIRAP
RABU
BUBUR KACANG HIJAU
BISKUT
BUAH
AIR MILO SUSU
KHAMIS
NASI GORENG
AYAM GORENG
SAYUR
BUAH
AIR SIRAP
JUMAAT
SANDWICH SADIN
TELUR
BUAH
AIR MILO SUSU


Minggu 2

HARI
MENU
ISNIN
NASI BUBUR
AYAM MASAK KICAP
SAYUR
BUAH
AIR MILO SUSU
SELASA
MI HOON SUP
AYAM SUP
SAYUR
BUAH
AIR SIRAP
RABU
POPIA BASAH GORENG
BUAH
AIR HORLICK


KHAMIS
NASI LEMAK
SAMBAL IKAN BILIS
TELUR REBUS
BUAH
AIR SIRAP
JUMAAT
SANDWICH SADIN
TELUR
BUAH
AIR MILO SUSU


Minggu 3

HARI
MENU
ISNIN
BIHUN SUP – BEBOLA IKAN, SAYUR, TELUR
BUAH
AIR MILO SUSU
SELASA
NASI PELANGI
AYAM MASAK MERAH
BUAH
AIR SIRAP
RABU
KARIPAP BERINTI SAYUR DAN DAGING
BUAH
AIR HORLICK
KHAMIS
MI KUEH TIAW GORENG
(SAYUR SAWI & AYAM)
BUAH
AIR SIRAP
JUMAAT
BIJIRIN COKLAT
BUAH
AIR MILO SUSU


Minggu 4

HARI
MENU
ISNIN
MI GORENG CINA
SAYUR CAMPUR
BUAH
AIR MILO SUSU
SELASA
MI HOON GORENG
SOSEJ/NUGGET GORENG SAYUR
BUAH
AIR SIRAP
RABU
BUBUR KACANG HIJAU
BISKUT
BUAH
AIR MILO SUSU
KHAMIS
NASI GORENG
AYAM GORENG
SAYUR
BUAH
AIR SIRAP
JUMAAT
SANDWICH SADIN
TELUR
BUAH
AIR MILO SUSU


Sila tinggalkan komen anda. Terima kasih.