LAMAN UTAMA

Tuesday, September 25, 2012

KRT 3013

Tugasan UPSI SEM 2 : KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada 14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:

1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.

2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.

3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.

4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

· Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.

· Gambar

· Audio

· Video

5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.

6. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian - 15% 
Senireka blog dan kerativiti -10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog - 5%
JUMLAH - 30 


PERINGATAN

Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.